DOA BUAT KU..

“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”

Wednesday, 7 December 2011

TIADA RETAK SEDIKIT PUN...





Pada waktu pagi , ambillah sedikit masa untuk melihat ke langit . Dongakkan pandangan kita seketika ke arah langit yang membiru itu...LANGIT ILAHI. Perhatikan langit Allah itu . Ia tegak tanpa ada sokongan dari sebatang pun tiang yang menyokong dari arah bawahnya . Tidak seperti bangunan pencakar langit yang dibina oleh manusia .Setinggi mana pun binaannya tetap memerlukan banyak tiang yang menyokong dibawahnya . Tanpa tiang , roboh dan ranaplah bagunan bagunan itu.

Firman Allah "...Dia menciptkaan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya ..." Luqman 31-10
dan firman Allah lagi " Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis lapis, kamu sekali kali tidak melihat pada ciptaan Yang Pemurah sesuatu yang tidak seimbang " Al mulk 67:3

Andai direnung dengan hati yang lapang , nescaya kita akan dapati alam semesta ini bagaikan sebuah rumah yang amat sempurna , didalamnya lengkap dengan segala keperluan yang diperlukan sekalian penghuninya .
Maha Suci Allah!!

Langit sebagai atap dan bumbungnya .

Bumi bagaikan permaidani di segenap ruang lantainya .

Bintang bintang bertaburan seperti jutaan lampu yang bersinar menambahkan seri malam.

Walaupun begitu , masih ramai manusia yang masih ego kerana merasakan diri mereka terlalu hebat . Mereka tidak sedar betapa kerdil, lemah dan hinanya mereka dihadapan Allah . Untuk golongan yang bersifat bodoh dan sombong ini , Allah memberi sindiran tajam kepada manusia .

" Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula !!..Kamukah yang sukar diciptakan atau langit  ? Tuhan telah membinanya ( dengan kukuh) ! Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya "
( An Nazi'at 79 27-28 

Tuesday, 6 December 2011

PENYELAMAT LIDAH




Andai kata tidak dikawal lidah , maka banyaklah bencana yang akan dicetuskan olehnya . Terkadang bencana lidah membawa kepada pergaduhan , penceraian , peperangan bahkan kemurtadan . Namun , dengan memperbanyakkan istighfar , maka insyaAllah terselamatlah lidah kita daripada sibuk membicarakan  hal hal yang tiada kena mengena dengan diri kita bahkan boleh memusnahkan pahala amalan kita .

Dalam musnad Imam Ahmad tercatat satu kisah yang menarik dan penuh pengajaran . Daripada Huzaifah r.a beliau berkata " Wahai Rasullullah , aku memiliki lidah yang tajam. Selalunya yang menjadi mangsa ialah
 isteri ku " lalu Nabi s.a.w menjawab , " Apakah engkau tidak beristighfar? Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah S.W.T seratus kali sehari semalam "

Maksud lidah yang tajam ialah tidak mempedulikan apa yang diucapkan serta kesan buruk yang lahir daripadanya .

Maka , marilah kita sama sama bertaubat sebelum terlambat . Sama samalah beristighfar sebelum terlambat . Sama samalah beristighfar sebelum meneruskan safar ke dataran mahsyar .

KAMI INGIN MENDOAKAN MEREKA ..( AYAHBONDA TERSAYANG)

" Ya Allah, rendahkanlah suara kami bagi mereka , perindahlah ucapan kami di depan mereka . Lunakkanlah watak kami terhadap mereka dan lembutkanlah hati kami untuk mereka .

Ya Allah , berilah mereka balasan yang sebaik baiknya atas didikan mereka pada kami dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan pada kami, peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara
kami .

Ya Allah , apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan , atau kesusahan yang mereka deritai kerana kami , atau kehilangannya sesuatu hak mereka kerana perbuatan kami maka jadikanlah itu semua penyebab gugurnya dosa dosa mereka , tinggikanlah kedudukan mereka dan tambahkanlah pahala kebaikan mereka dengan perkenan MU , kerana hanya ENGKAULlah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda .

Ya Allah  , bila magfirah MU telah mencapai mereka sebelum kami , izinkanlah mereka memberi syafaat untuk kami . Tetapi jika magfirah MU lebih dahulu mencapai diri kami , maka izinkanlah kami memberi syafaat untuk mereka , sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan MU di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaan MU , keampunan MU serta rahmat MU .

Sesungguhnya , Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih ...Amin!!!

MASA DEPAN ITU MILIK KITA..




Ya!!, masa depan adalah milik kita . Masa muda kita adalah masa untuk mengukir prestasi. Kita adalah kumpulan hari hari . Hari ini adalah saat kita menanam benih dan masa depan adalah waktu untuk menuai padi . Kerana itu , kalau kita ingin tahu masa depan , maka lihatlah apa yang kita lakukan sekarang .


Jangan sampai kita menjadi orang yang rugi . Rugi di dunia dan akhirat . Kita tahu siapa orang yang paling rugi ?..Orang yang paling rugi di dunia adalah orang yang diberikan modal , tetapi modal itu dihamburkan sia sia . Dan modal termahal dalam hidup adalah waktu .




Dalam Al Asr ayat 1-3 , Allah berfirman , " Untung ruginya manusia itu dapat diukur dari sikapnya terhadap waktu . Kalau dia berani menghamburkan waktunya , maka dia tergolong dalam orang yang mensia siakan kehidupan . " DEMI MASA , SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR BENAR BERADA DALAM KERUGIAAN , KECUALI ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN "

Sunday, 4 December 2011

SOLAT TERAKHIR ....



Lima kali kita mendirikan solat fardu sehari semalam bermakna secara minimumnya lima kali jugalah kita dididik untuk merenung dan mengingati peristiwa yang pasti iaitu kematian .Rasullullah s.a.w mengingatkan kita bahawa untuk mengangkat nilai khusyuk dalam solat , maka seseorang itu hendaklah berasaskan bahawa solatnya yang dilakukan adalah seperti solat terakhir untuk  nya .

Apabila kita menyerapkan di lubuk sanubari bahawa SETIAP SOLAT FARDU KITA SEBAGAI SOLAT YANG TERAKHIR , bermakna kita sedang merenungi segala hal yang berkait dengan kematian dan keadaan - keadaan yang bakal berlaku selepas kematian . Demikian hebatnya didikan Rasullullah s.a.w.

Andai ini solat terakhir maka bayangkanlah bahawa Malaikat Maut sudah mulai tiba disisi  kita untuk membuat perhitungan terakhirnya . Nafas yang kita hirup adalah sisa nafas nafas terakhir . Hubungan kita dengan dunia akan terputus serta merta . Buku cacatan amalan akan segera ditutup manakala malaikat penjaga pun akan menamatkan tugasan terakhir mereka . Anak anak , isteri , keluarga , kawan kawan , rumah , kereta , harta dan segalanya akan ditinggalkan buat selama lamanya .....Subhanalllah!

Jika ini yang dapat diserapkan ke dalam jiwa setiap kali berdiri menghadap Allah S.W.T , maka insyallah nilai khusyuk mulai mekar berbunga . Amat penting sekali wasiat ini, bahkan sekalian imam kita ada berpesan dan mengingatkan hal ini setiap kali mahu memimpin solat para makmumnya..

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda , " INGATLAH KEMATIAN DALAM SOLATMU , KERANA APABILA SESEORANG ITU MENGINGATKAN KEMATIAN DALAM SOLATNYA , MAKA PASTI IA AKAN MENGERJAKANNYA DENGAN SEBAIK BAIKNYA "  riwayat al Baihaqi dalam Musnad Firdaus daripada Anas.

Saturday, 3 December 2011

KERANA CINTA PERLU MEMILIH ...





"Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya , mungkin sahaja kecantikan itu membuat kamu hina . Jangan kamu menikahi wanita kerana harta atau tahtanya , mungkin sahaja harta atau tahtanya membuat kamu melampaui batas . Akan tetapi nikahilah wanita kerana agamanya . Sebab , seorang hamba wanita yang soleh , meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama ." ( Ibnu Majah )

Teman adalah aset yang sangat berharga , Maka carilah teman yang boleh menyegarkan semangat keislaman kita , yang boleh diajak berdikusi saat kita perlu berbincang , yang bisa menghiburkan hati saat kita berasa sedih dan yang selalu ada disaat kita memerlukan .



Hindarilah teman yang hanya akan menyulitkan kehidupan kita di akhirat , yang merayu untuk berbohong pada orang tua , merayu untuk mencuri wang orangtua ,  merayu untuk berzina dan sebagainya . Hindari dan jauhi lah sejauh jauhnya .

Cinta yang terpuji ialah cinta yang mendatangkan kepada pemilik cinta itu hal hal yang memberinya manfaat di dunia maupun di akhirat . Maka cinta yang seperti ini merupakan muara sebuah kebahagiaan . Adapun cinta yang tercela adalah cinta yang mendatangkan kepada pemiliknya hal hal yang membawa kepada kerugian dunia dan akhirat . Dan cinta semacam ini adalah sumber penderitaan dan duka lara .


Ketika cinta menyapamu , jangan lah silau dengan indahnya dia , tetapi lihatlah, apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak ..Adakah cinta itu berdosa ?? mari kita fikirkan , " Janganlah seorang lelaki berdua duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya . Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya " . Alangkah indahnya bila kita dapat mengisi hari hari kita dengan pahala .

Sebuah hadis yang sangat layak dibaca , " Sesungguhnya jika salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yang menyala , itu masih lebih baik daripada kamu menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu "
(At Tabrani dan Al Baihaqi) . Dan alangkah menyesalnya  jika di masa muda kita telah mengumpul banyak dosa . Sedikit demi sedikit , hingga lambat laun jadi bukit , Kita berlindung kepada Allah.

Wednesday, 30 November 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ATHIRA...moga syurga menjadi ganjaran buat mu



Segala kebaikan dalam perkhawinan akan menyusul kemudiannya apabila niat bertunjangkan keikhlasan . Maka , natijah yang diperolehi juga pasti baik dan diredhai . Itulah hikmahnya Allah menyuruh ikatan perkhawinan itu dilakukan . Apa yang penting , jangan disoal kerja TUHAN.


Kedua belah tangan diangkat untuk merafakkan pengharapan daripadaNYA, moga syurga menjadi ganjaran buatmu...." Ya Allah ,  permudahkanlah liku liku perjalanan hidup kami dan lukiskanlah setiap langkah kami ini dengan corak bahagia yang berpanjangan. Mudah mudahan perjalanan kami ini direstuiMu dan dilimpahi cahaya cinta yang berterusan hingga ke akhirnya . Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan pasangan yang menjadikan agama sebagai tunjang kehidupan . Moga moga dia mampu mengemudi mahligai bahagia ini ke arah yang diredhai dan dirahmatinya , juga dapat memimpin setiap ahli di dalamnya ke arah cinta MU . Amin "

Percayalah , tiada perkara yang tiada masalah dan tiada keadaan yang tiada kesusahan . Maka , laluilah ia sebagai proses kematangan dalam hidup dan bukan menolak sebuah pernikahan atau perkhawinan dengan berbagai alasan . Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana tiada masalah yang tiada penyelesaian.