DOA BUAT KU..
“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”
Monday, 7 November 2011
ANAK ITU AMANAH ALLAH..
Berapa ramai ibu bapa yang kecewa , menghantar anak menuntut ilmu agar dapat bergantung hidup kepada mereka apabila bekerja kelak , namun malangnya anak tidak mempedulikan mereka. TERKELIRU..adakah mereka cintakan ilmu atau cintakan pembalasan??. PENGORBANAN MEMBERI ILMU PADA ANAK ANAK ADALAH JIHAD , NAMUN SEGALA PENGORBANAN ITU AKAN SIA SIA DI SISI ALLAH JIKA TERDAPAT KESYIRIKAN.
Jangan bergantung masa depan dan rezeki dengan anak anak , bergantunglah dengan Allah dalam setiap urusan .Sesungguhnnya Allah adalah sebaik baik jaminan. Amat dibimbangi, Allah akan mencabut keberkatan kerana niat yang salah , lalu hilanglah kasih sayang anak anak dlam hati mereka terhadap ibu bapanya. Walaupun pada zahirnya kelihatan baik tetapi hati mereka mendoakan kematian , kerana merasakan ibu bapa menyusah dan menjadi beban kepada mereka . Ada yang membiarkan ibu bapa meringkuk kesusahan dalam meniti hari hari tua.
Ingatlah , anak anak adalah amanah Allah, memberi ilmu kepada mereka adalah menunaikan ibadah kepadaNYA. Tidak terungkit ianya sebagai jasa, bahkan ia merupakan kewajiban dan membiarkan mereka jahil adalah satu dosa. Ikhlaslah dan bergantunglah kepada Allah dalam kehidupan. Jangan bergantung kepada sesiapa walaupun kita banyak berjasa kepada mereka. Allah yang menjamin dan memberi rezeki , DIA lah sebaik baik penjamin.
" Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak anak yang KAMI berikan kepada mereka itu ( bererti bahawa ) KAMI segera memberikan kebaikan kebaikan kepada mereka ? Tidak! , sebenarnya mereka tidak menyedarinya "..AL MUKMINUUN ayat 55-56
DIA jadikan orang disekelilingmu menyayangi dan tidak lupa kepadamu walaupun engkau tidak mengharap balasan atas kebaikan yang kamu lakukan . Sesungguhnya segala hati manusia dalam gengamanNYA. Jangan syirik kepadaNYA, nanti kita akan menderita dunia dan akhirat....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment