DOA BUAT KU..

“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”

Tuesday, 8 November 2011

HARGAI MEREKA DI SEKELILINGMU



         Setiap insan mempunyai kehebatan , mereka adalah khalifah Allah yang terpilih . Fahamilah bahawasanya yang ada di sisimu sudah termaktub dalam kitabNYA yang azali, telah disusun oleh Allah yang Maha Bijaksana. Mereka ditetapkan menjadi suami , isteri , anak anak , adik beradik , saudara dan sahabat kita di alam ini. Jangan memandang rendah akan kekurangan mereka . Mungkin kekurangan mereka itu yang menjadikan diri kita kuat. Mungkin disebabkan kekurangan  mereka itulah juga yang menolak kita ke syurga kerana keberkatan kesabaran kita keatasnya.

         Hargailah kekuatan mereka . Kekuatan itulah yang membantu kelemahan kita  dan membawa kita ke syurga . MEREKA ADALAH PASUKAN PILIHAN ALLAH PADA KITA . PILIHAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK . BERSAMALAH DENGAN MEREKA KETIKA SUSAH DAN SENANG.Setiap dari mereka ada hak atas diri kita di dunia dan akhirat . Mereka boleh membawa kita ke syurga dan mereka juga boleh mengheret kita ke neraka . Hargailah setiap insan yang ada disisi kita , sayangi mereka , hulurkan tangan   ketika mereka memerlukan bantuan dan berkorban lah demi kasih sayang.

Berhati hati lah dengan syaitan yang sentiasa cuba memecahkan pasukan pilihan ALLAH. Sesungguhnya kita memerlukan mereka dan mereka memerlukan kita dalam kehidupan yang penuh penderitaan dan cabaran.

" Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.." AL- ADIYAT - 6

Monday, 7 November 2011

ANAK ITU AMANAH ALLAH..



Berapa ramai ibu bapa yang kecewa , menghantar anak menuntut ilmu agar dapat bergantung hidup kepada mereka apabila bekerja kelak , namun malangnya anak tidak mempedulikan mereka. TERKELIRU..adakah mereka cintakan ilmu atau cintakan pembalasan??. PENGORBANAN MEMBERI ILMU PADA ANAK ANAK ADALAH JIHAD , NAMUN SEGALA PENGORBANAN ITU AKAN SIA SIA DI SISI ALLAH JIKA TERDAPAT KESYIRIKAN.

Jangan bergantung masa depan dan rezeki dengan anak anak , bergantunglah dengan Allah dalam setiap urusan .Sesungguhnnya Allah adalah sebaik baik jaminan. Amat dibimbangi, Allah akan mencabut keberkatan kerana niat yang salah , lalu hilanglah kasih sayang anak anak dlam hati mereka terhadap ibu bapanya. Walaupun pada zahirnya kelihatan baik tetapi hati mereka mendoakan kematian , kerana merasakan ibu bapa menyusah dan menjadi beban kepada mereka . Ada yang membiarkan ibu bapa meringkuk kesusahan dalam meniti hari hari tua.


Ingatlah , anak anak adalah amanah Allah, memberi ilmu kepada mereka adalah menunaikan ibadah kepadaNYA. Tidak terungkit ianya sebagai jasa, bahkan ia merupakan kewajiban dan membiarkan mereka jahil adalah satu dosa. Ikhlaslah dan bergantunglah kepada Allah dalam kehidupan. Jangan bergantung kepada sesiapa walaupun kita banyak berjasa kepada mereka. Allah yang menjamin dan memberi rezeki , DIA lah sebaik baik penjamin.

" Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak anak yang KAMI berikan kepada mereka itu ( bererti bahawa ) KAMI segera memberikan kebaikan kebaikan kepada mereka ? Tidak! , sebenarnya mereka tidak menyedarinya "..AL MUKMINUUN ayat 55-56

DIA jadikan orang disekelilingmu menyayangi dan tidak lupa kepadamu walaupun engkau tidak mengharap balasan atas kebaikan yang kamu lakukan . Sesungguhnya segala hati manusia dalam gengamanNYA. Jangan syirik kepadaNYA, nanti kita akan menderita dunia dan akhirat....

KEBENARAN MENGATASI SEGALANYA...




    Khianat bagaikan letupan gunung berapi. Ramai yang menangis kerana dikhianati. Pengkhianat adalah golongan yang disayangi, diberi kepercayaan dan tiada rahsia yang disembunyikan . Tiba tiba segala kebaikan dan kepercayaan itu dihancurkan dengan sekelip mata . Segala rahsia peribadi dibongkarnya , segala kebaikan ditutup dan keaiban dibuka , kasih sayang lebur dengan kebencian , teman menjadi musuh . Ketika itu gelap pandangan dunia , hati bagaikan dihiris pisau malah kepedihannya lebih mendalam lagi. Tiada ucapan yang mampu dinyatakan melainkan kelu dan tergamam . Hanya airmata yang mengalir sebagai fitrah apabila dirundung kesedihan . Namun ingatlah , airmata yang dicurahkan tidak menyelesaikan masalah.



Renungkanlah , adakah ia ujian atau musibah bagi dirimu? . Jika engkau di pihak yang salah , maka bertaubatlah . Namun jika engkau dipihak yang benar , kembali segera pada Allah dengan memohon petunjukNYA. Gunakan keimanan dan kebijaksanaan akalmu untuk bertindak. Bangunlah di waktu malan dan munajat padaNYA selama 40 hari, insyallah kita akan diberi pertolongan oleh Allah dan dihancurkan segala pengkhianatan ke atasmu . KEBENARAN AKAN MENGHANCURKAN KEBATILAN.

Bersihkan dirimu . Banyakkan berzikir dan berdoa dengan bersungguh sungguh . Jangan berharap kepada sesiapa, munajatkan sungguh sungguh hajatmu dengan suara yang mendayu dayu agar dikembalikan kasih sayang dan terangkatnya segala khianat dan fitnah. Bertawakal kepadaNYA dengan penuh hati. Buangkan rencana untuk membalas dengan cara yang buruk . Usah dilayan gerak hati yang liar . Insyallah akan datang bantuan daripadaNYA dari jalan yang tidak kita sangka sangka . Kita akan melihat bagaimana kehancuran itu berlaku.

Sesungguhnya jika jalan penyelesaian ini yang kita pilih , kita mendapat dua keuntungan , iaitu Pertama , memperolehi pahala dan kemenangan dia akhirat kerana kesabaran . Kedua , kemenangan di dunia di mana kebencian akan tersungkur di pintu kasih sayang . Namun jika ditakdirkan semua terus memusuhimu , redalah. SETIAP YANG BERLAKU ADALAH DALAM TAKDIRNYA DAN SETIIAP TAKDIRNYA MEMILIKI RIBUAN HIKMAH.

Friday, 4 November 2011

PANGGILAN DARI ILLAHI....BERAKHIRNYA SATU PENGHIDUPAN DI DUNIA DAN BERMULANYA PENGHIDUPAN YANG KEKAL ABADI



 

 Sesungguhnya , mati itu pasti . Apabila peringatan itu ditanam dalam jiwa , ia mampu mendidik hati supaya lebih bijak untuk merancang kehidupan yang sementara sebelum berpindah ke alam yang seterusnya . Berusahalah meningkatkan keimanan , ketakwaan dan ketaatan kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat dan berbuat kebajikan , kerana itulah bekalan akhirat kelak. Bagaimana pula dengan segelintir individu lyang tidak mengingati  mati ??..Selalunya mereka yang bersikap sedemikian adalah yang leka dari mempersiapkan diri untuk menghadap ILAHI.

   


Sedarlah , betapa ruginya mereka yang berada dalam keadaan sedemikian . Bertaubatlah dengan segera tanpa bertangguh kerana ajal akan tiba jua . Mungkin esok atau lusa , tiada siapa yang tahu . Allah jualah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi ..Hakikatnya setiap manusia pasti akan menemui mati dan ia menjadi fasa kehidupan yang wajib dilalui oleh setiap insan yang bergelar manusia ....Tanah yang basah berwarna merah , semerah mawar dan juga rindu , tujuh langkah pun berlalu , seusai talkin bermadah syahdu , tenang dan damai di pusaramu . Nisan batu menjadi tugu , namun tak siapa pun tahu resah penantian mu..Ajal yang datang dibuka pintu , tiada siapa yang memberitahu , tiada siapa yang dapat hindari , tiada siapa yang terkecuali , lemah jemari nafas terhenti. Tidak tergambar sakitnya mati , cukup sekali tak sanggup untuk diulangi.



   

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang , menggigil ketakutan  , gelap pekat dipandangan . Selama ini diceritakan , kini kau merasakan ....di alam barzakh jasad dikebumikan..diperhitung amalan , penentu syurga atau sebaliknya...

Thursday, 3 November 2011

CINTA DAN KEBAHGIAAN HIDUP.

   

      Manusia tidak dapat menafikan tentang kepentingan cinta dalam kehidupan . Cinta , kasih dan sayang merupakan antara sumber kebahagiaan seseorang namun , cinta dan sayang tidak boleh dibina tanpa asas yang kukuh . Seseorang yang bijak akan memastikan cinta yang diperolehi adalah sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupannya. ..THERE IS ONLY ONE WAY OF HAPPINESS IN LIFE : TO LOVE AND BE LOVED.  Maksudnya , disana ada satu sahaja jalan menuju kebahagiaan dalam kehidupan iaitu mencintai dan dicintai...namun cinta itu sendiri bukan semuanya mempunyai nilai yang sama , bahkan berbeza beza. Lebih dari itu ,bukan semua yang dikasihi dan diingini oleh manusia adalah satu kebaikan buat diri mereka kerana kadang kala apa yang diingini dan dicintai oleh mereka sebenarnya adalah satu kemudaratan.

      Islam mengajar asas cinta dan benci dalam kehidupan , agar tidak berdasarkan emosi dan kehendak kita semata mata . Asas cinta dalam kehidupan sebagaimana dalam hadith tersebut adalah ..CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL ADALAH YANG TERTINGGI ....CINTA KEPADA MAKHLUK KERANA ALLAH...BENCI KEPADA KEKUFURAN. Seseorang yang mencintai dunia , dia sendiri akan meninggalkannya . Seseorang yan gmencintai manusia , mereka akan saling berpisah dengan kematian. Seseorang yang mencintai harta , ianya akan menjadi harta warisan kepada ahli waris setelah dia mati kelak ..Jadi, apa yang dicari daripada apa yang akan ditinggalkan.

    Hubungan cinta teragung lagi kekal adalah hubungan dengan Allah sebagai Tuhan yang Maha Pencipta dan Rasulullah sebagai pembawa risalahnya .Maka , cinta kepada kedua duanya  adalah asas kepada kebahagiaan abadi . Seseorang boleh mencintai sesiapa dan ingin dicintai oleh sesiapa tetapi TIADA sesiapa yang mampu mengganti keagungan cinta Allah dan Rasullullah kepada kita.

WARKAH UNTUK ANAK KU...

Ingatlah anak ku , sejauh mana dan sedalam mana pun kasih sayang antara kita , akhirnya akan terpisah jua. Usah dikira perpisahan dek tuntutan kerana ia sentiasa terjadi. Tetapi perpisahan abadi akan berlaku hanya sekali dan tiada lagi perjumpaan seterusnya. Mungkin juga mama atau papa yang akan mendahului kamu. Sesungguhnya , nyawa dan dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah yang bersifat sementara. Akhirat jua yang berkekalan ...Kejarlah masa dan isilah kehidupan dengan perkara yang bermanfaaat agar dapat dijadikan ' saham ' dan ' pelaburan' untuk kehidupan hakiki kelak. Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah itu dengan sebaiknya agar kalian lebih jelas dengan matlamat hidup dan dapat menyelusurinya tanpa ragu. Malah dapat mengatur langkah dengan yakin , wibawa , cergas dan tangkas dalam membina kecermelangan.

             Untuk kesekian kali dan seterusnya mama sentiasa berdoa ..." Ya Tuhan ku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat . Ya Tuhanku perkenankan lah doa kami"..amin....jagalah budi pekerti kerana tiada gunanya kecemerlangan diri tanpa akhlak yang mulia. Hormatilah jua sesiapa sahaja yang berada di kelilingmu sama ada sahabat , guru, orang tua atau muda. Jadilah seperti resmi padi, iaitu semakin berisi , semakin menunduk agar dirimu jua akan dirahmati kelak...mudah mudahan anak anak mama akan menjadi insan yang soleh dan solehah dan bertakwa ..amin....salam kasih yang berpanjangan....

HARGA SEBUAH PENGHIDUPAN...




  Usia yang pantas berlalu memahamkan kita bahawasanya hidup ini sesungguhnya adalah satu perjalanan. Detik detik usia yang berlalu menandakan semakin sedikit baki tempoh hidup yang tersia dalam perjalanan  menuju tamat yang pasti iaitu kematian. Manusia yang membiarkan sahaja usianya berlalu tanpa memahami kemana hala tuju kehidupannya seumpama seseorang yang memandu kenderaannya dijalanraya tanpa destinasi tertentu. Perjalanan tanpa matlamat dan tujuan adalah sesuatu yang sia sia dan satu pembaziran...Jadi sebelum bertemu mati..manusia wajib berusaha untuk memahami tujuan dia hidup dimuka bumi ini. Hidup tanpa tujuan adalah suatu kepalsuan . Jiwa manusia akan dihimpit rasa kekosongan tanpa mengetahui apa yang sebenarnya ingin dicari dalam perjalanan hidup ini..sedangkan kematian tidak menamatkan jiwa kehidupan. Maka sesiapa yang inginkan kehidupan yang sejahtera setelah kematian , hendaklah dia menunaikan tugas kehambaan selagi masih dianugerahi usia kehidupan.....