DOA BUAT KU..

“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”

Sunday, 4 December 2011

SOLAT TERAKHIR ....



Lima kali kita mendirikan solat fardu sehari semalam bermakna secara minimumnya lima kali jugalah kita dididik untuk merenung dan mengingati peristiwa yang pasti iaitu kematian .Rasullullah s.a.w mengingatkan kita bahawa untuk mengangkat nilai khusyuk dalam solat , maka seseorang itu hendaklah berasaskan bahawa solatnya yang dilakukan adalah seperti solat terakhir untuk  nya .

Apabila kita menyerapkan di lubuk sanubari bahawa SETIAP SOLAT FARDU KITA SEBAGAI SOLAT YANG TERAKHIR , bermakna kita sedang merenungi segala hal yang berkait dengan kematian dan keadaan - keadaan yang bakal berlaku selepas kematian . Demikian hebatnya didikan Rasullullah s.a.w.

Andai ini solat terakhir maka bayangkanlah bahawa Malaikat Maut sudah mulai tiba disisi  kita untuk membuat perhitungan terakhirnya . Nafas yang kita hirup adalah sisa nafas nafas terakhir . Hubungan kita dengan dunia akan terputus serta merta . Buku cacatan amalan akan segera ditutup manakala malaikat penjaga pun akan menamatkan tugasan terakhir mereka . Anak anak , isteri , keluarga , kawan kawan , rumah , kereta , harta dan segalanya akan ditinggalkan buat selama lamanya .....Subhanalllah!

Jika ini yang dapat diserapkan ke dalam jiwa setiap kali berdiri menghadap Allah S.W.T , maka insyallah nilai khusyuk mulai mekar berbunga . Amat penting sekali wasiat ini, bahkan sekalian imam kita ada berpesan dan mengingatkan hal ini setiap kali mahu memimpin solat para makmumnya..

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda , " INGATLAH KEMATIAN DALAM SOLATMU , KERANA APABILA SESEORANG ITU MENGINGATKAN KEMATIAN DALAM SOLATNYA , MAKA PASTI IA AKAN MENGERJAKANNYA DENGAN SEBAIK BAIKNYA "  riwayat al Baihaqi dalam Musnad Firdaus daripada Anas.

No comments:

Post a Comment