Pada waktu pagi , ambillah sedikit masa untuk melihat ke langit . Dongakkan pandangan kita seketika ke arah langit yang membiru itu...LANGIT ILAHI. Perhatikan langit Allah itu . Ia tegak tanpa ada sokongan dari sebatang pun tiang yang menyokong dari arah bawahnya . Tidak seperti bangunan pencakar langit yang dibina oleh manusia .Setinggi mana pun binaannya tetap memerlukan banyak tiang yang menyokong dibawahnya . Tanpa tiang , roboh dan ranaplah bagunan bagunan itu.
Firman Allah "...Dia menciptkaan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya ..." Luqman 31-10
dan firman Allah lagi " Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis lapis, kamu sekali kali tidak melihat pada ciptaan Yang Pemurah sesuatu yang tidak seimbang " Al mulk 67:3
Andai direnung dengan hati yang lapang , nescaya kita akan dapati alam semesta ini bagaikan sebuah rumah yang amat sempurna , didalamnya lengkap dengan segala keperluan yang diperlukan sekalian penghuninya .
Maha Suci Allah!!
Langit sebagai atap dan bumbungnya .
Bumi bagaikan permaidani di segenap ruang lantainya .
Bintang bintang bertaburan seperti jutaan lampu yang bersinar menambahkan seri malam.
Walaupun begitu , masih ramai manusia yang masih ego kerana merasakan diri mereka terlalu hebat . Mereka tidak sedar betapa kerdil, lemah dan hinanya mereka dihadapan Allah . Untuk golongan yang bersifat bodoh dan sombong ini , Allah memberi sindiran tajam kepada manusia .
" Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula !!..Kamukah yang sukar diciptakan atau langit ? Tuhan telah membinanya ( dengan kukuh) ! Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya "
( An Nazi'at 79 27-28
No comments:
Post a Comment