DOA BUAT KU..

“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”

Monday, 31 October 2011

KEBAHGIAAN ITU DATANG MELALUI PENGALAMAN AGAMA BUKAN KERANA CINTA...










Cinta bukan alasan utama untuk mendapat bahagia . Ramai orang bercinta bagai nak rak , tapi bercerai berai juga , ramai orang berkahwin suka sama suka  tapi rumahtangga goyah . INI BUKAN SOAL CINTA ATAU SUKA. Ini soal sejauhmana kebergantungan suami isteri pada Allah . Sejauhmana mereka berpakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga . Dengan kehendakNYA sahaja , rumahtangga akan berjaya dan bahagia . Peranan suami itu adalah yang menyelamatkan kita dari dosa dan membawa ke syurga . Biasanya calon kekasih kita adalah cermin pada diri kita . Jika kita baik , pasti kita akan dapat pasangan yang baik . Jika kita tidak bagus , calon kekasih  kita pun sama dengan kita .

Mari kita bermuhasabah diri , dan berusaha ke arah yang terbaik. Adalah perlu kembali kepada agama untuk mendapat keselamatan dalam rumahtangga. Isu berkahwin dan bercerai ini urusan Allah . Kita berikhtiar dan Tuhan akan menentukannya. Islam adalah agama yang sangat proteksi , kerana ia menekankan kepada konsep pencegahan . Islam semahunya menghalang umatnya daripada mendekati zina , khususnya golongan remaja , mereka wajar dipantau dan diberi peringatan.

 Mana mana lelaki yang pernah berzina dengan seorang wanita adalah dilarang berkahwin dengan wanita dara . Ini adalah larangan Allah dalam surah an Nur . Maksud firman " PENZINA LELAKI TIDAK DIBOLEHKAN BERKAHWIN KECUALI DENGAN PENZINA PEREMPUAN , DAN BEGITU SEBALIKNYA."....jika arahan ini dilanggar, pasti akan berlaku banyak musibah dalam perkahwinan. Masalah yang menimpa seorang penzina , dosanya belum tentu diampunkan oleh Allah . Malah jika dia melahirkan zuriat luar nikah , maka hubungan darah itu perlu diperhalusi agar tidak berlaku kesamaran . Selepas itu akan berlaku beberapa konflik susulan yang akan menghantui hidup seorang penzina...oleh itu CEGAH SEBELUM PARAH ..jangan sesekali membiarkan dosa dan maksiat menjadi satu rutin dalam kehidupan kita . Kerana jiwa yang diselaputi dosa itu  sentiasa resah dan gelisah ,gundah dan gulana , tiada ketenangan. Jika di dunia sudah terasa terseksa batinnya , di akhirat pula pasti lebih merana. Ini adalah kehidupan yang rugi dan merugikan....pedoman untuk kita bersama...

ILMU ITU TIDAK PERNAH SUSUT NILAINYA..




Ilmu tidak sesekali akan mengecewakan kita . Saiyidina Ali pernah berkata , bahawa ilmu itu lebih berharga dari harta . Ilmu menjagamu sedangkan kamu harus menjaga harta . Harta akan berkurangan apabila kamu nafkahkan , sebaliknya ilmu akan bertambah subur bila kamu nafkahkan....demikian lah intimnya ilmu dan agama .Ibarat lantera yang bisa menyuluh pencarian manusia tentang agama mereka. Maka , marilah kita menjadi penagih ilmu agar denai yang kita lalui sepanjang usia di dunia ini selamanya di terangi cahaya ilmu. Itulah usaha yang wajar agar hidup kita tidak tersadung dalam kedaifan dan kegelapan yang bisa membuat kita tersungkur di lembah kesesatan..

Sunday, 30 October 2011

UCAPAN CINTA DAN TERIM KASIH....






Ibuku Puan Salamah Binti Almarhum Haji Sharip dan Puan Fatimah Binti Almarhum Amir Basha ...tidak terbalas segala pengorbanan mu..

Bapaku Almarhum Haji Abdul Jalil Bin Almarhum Haji Tamah dan Hassan Bin Almarhum Ahmad ....tidak terhingga jasamu...

Kekanda Azman, Azimah, Azizam , Azura.....terimakasih kerana membimbing ku..

Adindaku Fadhilah ...kau bermakna buatku...

Suamiku Zaidin Bin Hassan....aku sentiasa memuliakanmu kerana Allah..

Putera dan Puteri ku.....Mohd Shukryn , Mohd Shazryn , Nurrun Shafryna , Mohd Syahmi,...kalian hadir sebagai anugerah dan amanah Allah..

Saturday, 29 October 2011

RAHMAT DISEBALIK SETIAP PENDERITAAN...













Cuba perhatikan awan hitam yang menggelayut dilangit . Ada dua kemungkinan akan berlaku , bila angin meniupnya dia akan berganjak dan berlalu , manakala kalau tidak ada angin dia akan pecah dan tertumpah menjadi hujan yang membasahi dan menyuburkan tanah tandus. Begitu juga duka dan derita yang hinggap dalam kehidupan kita . Bila duka itu kita ibaratkan sebagai awan hitam yang menghalangi senyum simpul kita , yakin lah anda boleh mengundang dua kemungkinan tersebut . Bila kita berkongsi cerita dengan orang yang paling kita percaya , ia mampu mengusir nestapa di hati kita manakala bila kita tidak sanggup menceritakan kepada orang lain , mengadulah kepada Allah kerana Dia adalah Zat yang Maha Cinta Kasih yang akan tetap mengasihi kita meskipun cinta selain NYA telah pudar.Kesimpulannya penderitaan hanya terasa berat pada awalnya saja .Seiring dengan perjalanan waktu , penderitaan akan mula mengecil seperti luka yang awalnya terkoyak , lalu beransur mengecut dan sembuh.Tiada pilihan lain bagi seorang hamba selain dari bersabar pada sentuhan awal sebuah penderitaan , anggaplah ia seperti tamu yang baru pergi , sedikit demi sedikit bayangnya beransur mengecil dan akan hilang dalam kejauhan.Ingat ....Allah tidak pernah menjanjikan selamanya langit cerah membiru , atau menjanjikan sepanjang jalan hidupmu bertaburan bunga tetapi Dia menjanjikan kekuatan dan pertolonganNYA. Jangan sesekali memimmpikan hidup enak tanpa ujian dan dugaan dari Allah , ia merupakan ukuran kekuatan mental dan keimanan kita.Selagi kita yakin ujian dan dugaan itu merupakan jalan meninggikan darjat keimanan kita , insya Allah , apapun yang menimpa kita akan menjadi ladang nikmat. Kesengsaraan sebelum kebahgiaan seperti lapar sebelum kenyang , saat nya tepat dan rasanya nikmat...dipenghujung segala ujian , pertolonganNYA pasti menjelma......

INDAHNYA SOLAT...







Solat adalah oasis hijau nan teduh dan air segar yang mengalir lazat..lalu bagaimana mungkin solat tidak boleh mengundang bahagia dan mengusir kesedihan kerana solat adalah jalinan komunikasi antara hamba dan Tuhannya dan juga cara kita bermunajat di sisi Pencipta. Solat juga merupakan keadaan diri yang paling mulia , rangkaian gerak yang paling agung , dan upaya paling tinggi darjatnya dalam rangka kita mendekatkan diri kepada NYA....Seorang mukmin yang dengan rela hati  solat dalam keheningan malam pasti akan merasakan kebahagiaan  kerana yang sekiranya kebahgiaan itu dialirkan kepada seluruh penghuni bumi , ia pasti akan mencukupi..Solat bagai hembusan angin segar nan harum yang menghilangkan pencemaran dan bau pada udara.Malah ia juga bagai besi yang dapat menghancurkan batu...ia dapat memecahkan gumpalan keputus asaan dan penderitaan...wahhh!!! , indah nya solat ...luas pengertiaannya..Seorang muslim sejati akan selalu berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar dan Melihat...dan akan selalu menjaga hubungan antara dia dan Tuhannya. Bila jalinan ini kukuh , maka manusia berada dalam tempat yang selamat , kerana dia selalu bersama Allah. Bila manusia menumpahkan segala masalah yang dialaminya kepada Allah , maka dia tidak perlu khuatir akan tersebarnya rahsia peribadinya kerana Allah adalah penyimpan rahsia yang hebat...

Friday, 28 October 2011

BERBAKTI PADA ORANG TUA..








Berbakti pada orangtua pengundang pertolongan Allah..Adanya kita didunia berkat dari pengorbanan jiwa dan raga dari mereka...kerana merekalah orang yang rela tidak makan agar anaknya kenyang , mereka bersedia tidak tidur agar anaknya boleh beristirehat , malah mereka rela menjalani hari hari dalam kerja keras asalkan anaknya boleh hidup dengan lebih baik...olehsebab itulah MENDERHAKA PADA MEREKA MENJADI SATU DOSA BESAR. begitu pentingnya berbakti pada orangtua kita sehingga Rasulullah menyamakan ia dengan jihad...marilah kita berusaha dan berubah menjadi anak yang soleh dan solehah pada ibubapa selagi kita berpeluang menghirup udara di muka bumi Allah ini dan selagi ada hayat mereka.Moga kita tidak akan tergolong dikalangan orang orang yang menyesal di kemudian hari...BERHIJRAH LAH..

PILIHAN ALLAH ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK














Allah berhak menentukan apa yang terjadi pada hambaNYA. setiap ketentuan Allah yang berlaku pada kita adalah yang terbaik dariNYA...meskipun takdir itu hadir berupa musibah.Kita tidak selamanya boleh mengetahui kebaikan apa yang terkandung dalam setiap takdir itu kerana semuanya tetap menjadi rahsia Allah , Zat Yang Maha Lembut...setiap perbuatan Allah tidak akan ditanya tetapi Allah akan menanya setiap perbuatan kita...hadapi kekurangan diri kita dan akui itu,  jangan sekali kali membiarkannya menguasai kita . Tetapi biarkan ia mengajar kita erti sebuah kesabaran dan pengertian..alangkah beruntungnya orang yang mampu menjaring ayat indah Allah dari kekusutan hidup di dunia ini. Bahagianya orang yang dianugerahi Allah kesabaran dan kearifan dalam hati hingga dapat merungkai setiap kejadian dalam perjalanan hidupnya biarpun sekusut mana..

Thursday, 27 October 2011

SENYUMLAH....




Senyumlah...apa pun masalahmu ia pasti akan berlalu...hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dan kesusahan dapat dihadapi dengan cara yang betul..Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan bila ia datang bertandang dalam hidup kita???..sedangkan ia tidak dapat dipisahkan dari kehidupan kita di dunia. Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesulitan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluar amat banyak dan luas..Kita harus kurangkan keluh kesah kerana masalah yang datang pasti akan berlalu jua akhirnya.Ketahuilah bahawa masalah dan kesusahan dapat menjadikan manusia lebih kuat dan cekap, ia juga membantu kita belajar, menjadikan kita bersungguh sungguh...membuat fikiran kita lebih tajam kerana kita perlu berfikir mencari jalan penyelesaiannya dan yang penting sekali masalah dan kesusahan menjadikan kita lebih menghargai kesenangan hidup kerana manusia biasanya berasa betapa nikmat dan pentingnya kesihatan apabila dia jatuh sakit..betapa berharganya kekayaan ketika dia jatuh miskin, betapa mahalnya waktu lapang pada saat dia sibuk dan betapa berharganya aman ketika dia berasa terancam...jadi bila kita dilanda masalah , senyumlah, kerana kita adalah diantara orang orang yang terpilih....

BELON EMOSI....







jom kita kongsi bersama....Cuba kita ingati musibah terburuk yang pernah dialami, atau mungkin yang pernah kita alami...dan bayangkan lah...bagaimana emosi kita ketika itu, betapa emosi itu berkembang begitu cepat dan kuat , ia seperti sebiji belon dimana pada saat muncul permasalahan yang serius , belon itu akan menggelembung terlalu besar dan menjadi tersangat sensitif dan mudah pecah.Kita tidak mahu belon emosi itu pecah kerana kesannya sangat buruk bagi diri kita...sebab itu tekanan harus dikurangi dan emosi perlu di alirkan keluar hingga ke tahap yang sederhana dan dapat dikongsikan....buka lah ikatan emosi anda dan biarkan sebahagian emosi itu keluar...ingat , jangan dialirkan emosi kita pada teman dan orang sekeliling , jangan tumpahkan emosi itu pada anggota keluarga dan pada mahluk mahluk yang tidak berdosa tapi hembuskan saja ke tempat lain , ke udara lepas , yang akan menguraikan emosi itu menjadi sesuatu yang tidak membahayakan.

Wednesday, 26 October 2011

MENGHARUNGI BAHTERA KEHIDUPAN BERNAKHODAKAN IMAN







Orang yang beriman adalah orang yang istimewa di hadapan Allah, kerana dengan iman , Allah akan memberikan kita pertolongannya dengan memudahkan kita untuk menempuh jalan yang dapat menghantar kita menuju KEREDHAANnya. Dengan iman , Allah akan menganugerahkan sesuatu yang sesuai dengan keinginanNYA. Pertolongan Allah lah yang akan menjadikan seseorang untuk mengikuti syariatNYA. Malah dengan pertolongan NYA juga akan membuat seseorang berasa senang dengan menjalani hidup sesuai dengan perintah dan laranganNYA..HIDUP TANPA IMAN UMPAMA KAPAL TANPA NAHKODA, dihempas ombak menerpa , terumbang ambing akibat terjangan badai,...biarkANlah segalanya pergi menghilang dariku asalkan jangan IMAN ku terhakis nipis....SUBHANALLAH...

Saturday, 15 October 2011