DOA BUAT KU..

“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”

Monday, 31 October 2011

KEBAHGIAAN ITU DATANG MELALUI PENGALAMAN AGAMA BUKAN KERANA CINTA...










Cinta bukan alasan utama untuk mendapat bahagia . Ramai orang bercinta bagai nak rak , tapi bercerai berai juga , ramai orang berkahwin suka sama suka  tapi rumahtangga goyah . INI BUKAN SOAL CINTA ATAU SUKA. Ini soal sejauhmana kebergantungan suami isteri pada Allah . Sejauhmana mereka berpakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga . Dengan kehendakNYA sahaja , rumahtangga akan berjaya dan bahagia . Peranan suami itu adalah yang menyelamatkan kita dari dosa dan membawa ke syurga . Biasanya calon kekasih kita adalah cermin pada diri kita . Jika kita baik , pasti kita akan dapat pasangan yang baik . Jika kita tidak bagus , calon kekasih  kita pun sama dengan kita .

Mari kita bermuhasabah diri , dan berusaha ke arah yang terbaik. Adalah perlu kembali kepada agama untuk mendapat keselamatan dalam rumahtangga. Isu berkahwin dan bercerai ini urusan Allah . Kita berikhtiar dan Tuhan akan menentukannya. Islam adalah agama yang sangat proteksi , kerana ia menekankan kepada konsep pencegahan . Islam semahunya menghalang umatnya daripada mendekati zina , khususnya golongan remaja , mereka wajar dipantau dan diberi peringatan.

 Mana mana lelaki yang pernah berzina dengan seorang wanita adalah dilarang berkahwin dengan wanita dara . Ini adalah larangan Allah dalam surah an Nur . Maksud firman " PENZINA LELAKI TIDAK DIBOLEHKAN BERKAHWIN KECUALI DENGAN PENZINA PEREMPUAN , DAN BEGITU SEBALIKNYA."....jika arahan ini dilanggar, pasti akan berlaku banyak musibah dalam perkahwinan. Masalah yang menimpa seorang penzina , dosanya belum tentu diampunkan oleh Allah . Malah jika dia melahirkan zuriat luar nikah , maka hubungan darah itu perlu diperhalusi agar tidak berlaku kesamaran . Selepas itu akan berlaku beberapa konflik susulan yang akan menghantui hidup seorang penzina...oleh itu CEGAH SEBELUM PARAH ..jangan sesekali membiarkan dosa dan maksiat menjadi satu rutin dalam kehidupan kita . Kerana jiwa yang diselaputi dosa itu  sentiasa resah dan gelisah ,gundah dan gulana , tiada ketenangan. Jika di dunia sudah terasa terseksa batinnya , di akhirat pula pasti lebih merana. Ini adalah kehidupan yang rugi dan merugikan....pedoman untuk kita bersama...

No comments:

Post a Comment