DOA BUAT KU..
“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”
Thursday, 3 November 2011
HARGA SEBUAH PENGHIDUPAN...
Usia yang pantas berlalu memahamkan kita bahawasanya hidup ini sesungguhnya adalah satu perjalanan. Detik detik usia yang berlalu menandakan semakin sedikit baki tempoh hidup yang tersia dalam perjalanan menuju tamat yang pasti iaitu kematian. Manusia yang membiarkan sahaja usianya berlalu tanpa memahami kemana hala tuju kehidupannya seumpama seseorang yang memandu kenderaannya dijalanraya tanpa destinasi tertentu. Perjalanan tanpa matlamat dan tujuan adalah sesuatu yang sia sia dan satu pembaziran...Jadi sebelum bertemu mati..manusia wajib berusaha untuk memahami tujuan dia hidup dimuka bumi ini. Hidup tanpa tujuan adalah suatu kepalsuan . Jiwa manusia akan dihimpit rasa kekosongan tanpa mengetahui apa yang sebenarnya ingin dicari dalam perjalanan hidup ini..sedangkan kematian tidak menamatkan jiwa kehidupan. Maka sesiapa yang inginkan kehidupan yang sejahtera setelah kematian , hendaklah dia menunaikan tugas kehambaan selagi masih dianugerahi usia kehidupan.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment