Sesungguhnya , mati itu pasti . Apabila peringatan itu ditanam dalam jiwa , ia mampu mendidik hati supaya lebih bijak untuk merancang kehidupan yang sementara sebelum berpindah ke alam yang seterusnya . Berusahalah meningkatkan keimanan , ketakwaan dan ketaatan kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat dan berbuat kebajikan , kerana itulah bekalan akhirat kelak. Bagaimana pula dengan segelintir individu lyang tidak mengingati mati ??..Selalunya mereka yang bersikap sedemikian adalah yang leka dari mempersiapkan diri untuk menghadap ILAHI.
Sedarlah , betapa ruginya mereka yang berada dalam keadaan sedemikian . Bertaubatlah dengan segera tanpa bertangguh kerana ajal akan tiba jua . Mungkin esok atau lusa , tiada siapa yang tahu . Allah jualah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi ..Hakikatnya setiap manusia pasti akan menemui mati dan ia menjadi fasa kehidupan yang wajib dilalui oleh setiap insan yang bergelar manusia ....Tanah yang basah berwarna merah , semerah mawar dan juga rindu , tujuh langkah pun berlalu , seusai talkin bermadah syahdu , tenang dan damai di pusaramu . Nisan batu menjadi tugu , namun tak siapa pun tahu resah penantian mu..Ajal yang datang dibuka pintu , tiada siapa yang memberitahu , tiada siapa yang dapat hindari , tiada siapa yang terkecuali , lemah jemari nafas terhenti. Tidak tergambar sakitnya mati , cukup sekali tak sanggup untuk diulangi.
Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang , menggigil ketakutan , gelap pekat dipandangan . Selama ini diceritakan , kini kau merasakan ....di alam barzakh jasad dikebumikan..diperhitung amalan , penentu syurga atau sebaliknya...
No comments:
Post a Comment