Stand cold, Itu rumus paling asas dalam membina keluarga agar mampu memberi hasil yang optimum.
Hidayah, tentu sahaja ia datang daripada Allah S.W.T. Namun segala hal yang mungkin , harus tetap
diusahakan . Dengan cara yang lebih baik , pasti hasil yang dicapai akan lebih baik . Betapapun hasil itu belum mampu memuaskan hati kita .
Sikap tenang itu perlu kerana seorang suami bakal dihadapkan pada peribadi isteri yang mudah berubah rubah , mudah menerima provokasi dari persekitarannya , memiliki perasaan yang sangat halus , dan di suatu waktu boleh membara hingga terhembur apabila sudah dilanda emosi dan kemarahan memuncak .
Maka wajarlah apabila Rasullullah berpesan , " Layanilah wanita itu dengan baik kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk . Sementara bahagian tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas . Jika kita tergesa gesa membetulkannya , ia akan patah . Tetapi kalau dibiarkan , ia akan tetap bengkok . Maka perlakukanlah kaum wanita dengan baik "
No comments:
Post a Comment