DOA BUAT KU..

“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”

Thursday, 3 November 2011

CINTA DAN KEBAHGIAAN HIDUP.

   

      Manusia tidak dapat menafikan tentang kepentingan cinta dalam kehidupan . Cinta , kasih dan sayang merupakan antara sumber kebahagiaan seseorang namun , cinta dan sayang tidak boleh dibina tanpa asas yang kukuh . Seseorang yang bijak akan memastikan cinta yang diperolehi adalah sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupannya. ..THERE IS ONLY ONE WAY OF HAPPINESS IN LIFE : TO LOVE AND BE LOVED.  Maksudnya , disana ada satu sahaja jalan menuju kebahagiaan dalam kehidupan iaitu mencintai dan dicintai...namun cinta itu sendiri bukan semuanya mempunyai nilai yang sama , bahkan berbeza beza. Lebih dari itu ,bukan semua yang dikasihi dan diingini oleh manusia adalah satu kebaikan buat diri mereka kerana kadang kala apa yang diingini dan dicintai oleh mereka sebenarnya adalah satu kemudaratan.

      Islam mengajar asas cinta dan benci dalam kehidupan , agar tidak berdasarkan emosi dan kehendak kita semata mata . Asas cinta dalam kehidupan sebagaimana dalam hadith tersebut adalah ..CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL ADALAH YANG TERTINGGI ....CINTA KEPADA MAKHLUK KERANA ALLAH...BENCI KEPADA KEKUFURAN. Seseorang yang mencintai dunia , dia sendiri akan meninggalkannya . Seseorang yan gmencintai manusia , mereka akan saling berpisah dengan kematian. Seseorang yang mencintai harta , ianya akan menjadi harta warisan kepada ahli waris setelah dia mati kelak ..Jadi, apa yang dicari daripada apa yang akan ditinggalkan.

    Hubungan cinta teragung lagi kekal adalah hubungan dengan Allah sebagai Tuhan yang Maha Pencipta dan Rasulullah sebagai pembawa risalahnya .Maka , cinta kepada kedua duanya  adalah asas kepada kebahagiaan abadi . Seseorang boleh mencintai sesiapa dan ingin dicintai oleh sesiapa tetapi TIADA sesiapa yang mampu mengganti keagungan cinta Allah dan Rasullullah kepada kita.

No comments:

Post a Comment