Ibu bapa akan sentiasa berusaha agar puteri mereka dijodohkan dengan lelaki soleh . Wanita yang tergolong "sedikit nakal " sekalipun tetap ingin bersuamikan lelaki soleh . Suami yang sentiasa menyayanginya , melimpahkannya dengan cinta , kasih , melayaninya seperti seorang ratu , memenuhi segala keperluan batin dan zahiriahnya sedaya kemampuan dan ...dan...dan seterusnya.Namun semua hasrat dan keinginan itu akhirnya bertentangan dengan dua realiti berbeza .
Pertama , salah faham dalam memahami makna 'soleh ' sehingga seorang wanita terkadang menginginkan seorang lelaki soleh sebagai suaminya yang dia harapkan akan memenuhi segala apa yang dia inginkan dan apabila dinikahkan dengan lelaki yang soleh , wanita itu mengalami tekanan yang berat kerana banyak hal yang disukainya itu dilarang oleh suaminya.
Kedua , Salah dalam meneka dan meramal calon suami melalui ciri ciri dan karakter soleh yang kelihatan secara lahiriah . Hal yang kedua ini dialami ibu bapa yang menginginkan menantu yang soleh .
Setelah berumahtangga , terserah hakikat dan realitinya bahawa dia sama sekali bukanlah lelaki soleh . Hingga jauh lebih tidak soleh daripada sebahagian lelaki yang pernah dia lihat dan pandang . Malah sebagai lelaki yang jauh dari kehidupan beragama.Situasi demikian sering terjadi . Hakikatnya lelaki soleh adalah rahmat terbesar bagi seorang wanita.
Sabda Rasullullah , " Apabila datang kepada kalian seorang pemuda yang kalian sukai agama dan akhlaknya , maka nikahkanlah dia dengan puteri kalian . Sekiranya tidak , maka akan terjadi bencana dan kerosakan yang besar di muka bumi ini "
No comments:
Post a Comment