Segala kebaikan dalam perkhawinan akan menyusul kemudiannya apabila niat bertunjangkan keikhlasan . Maka , natijah yang diperolehi juga pasti baik dan diredhai . Itulah hikmahnya Allah menyuruh ikatan perkhawinan itu dilakukan . Apa yang penting , jangan disoal kerja TUHAN.
Kedua belah tangan diangkat untuk merafakkan pengharapan daripadaNYA, moga syurga menjadi ganjaran buatmu...." Ya Allah , permudahkanlah liku liku perjalanan hidup kami dan lukiskanlah setiap langkah kami ini dengan corak bahagia yang berpanjangan. Mudah mudahan perjalanan kami ini direstuiMu dan dilimpahi cahaya cinta yang berterusan hingga ke akhirnya . Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan pasangan yang menjadikan agama sebagai tunjang kehidupan . Moga moga dia mampu mengemudi mahligai bahagia ini ke arah yang diredhai dan dirahmatinya , juga dapat memimpin setiap ahli di dalamnya ke arah cinta MU . Amin "
Percayalah , tiada perkara yang tiada masalah dan tiada keadaan yang tiada kesusahan . Maka , laluilah ia sebagai proses kematangan dalam hidup dan bukan menolak sebuah pernikahan atau perkhawinan dengan berbagai alasan . Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana tiada masalah yang tiada penyelesaian.
No comments:
Post a Comment