Ingatlah anak ku , sejauh mana dan sedalam mana pun kasih sayang antara kita , akhirnya akan terpisah jua. Usah dikira perpisahan dek tuntutan kerana ia sentiasa terjadi. Tetapi perpisahan abadi akan berlaku hanya sekali dan tiada lagi perjumpaan seterusnya. Mungkin juga mama atau papa yang akan mendahului kamu. Sesungguhnya , nyawa dan dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah yang bersifat sementara. Akhirat jua yang berkekalan ...Kejarlah masa dan isilah kehidupan dengan perkara yang bermanfaaat agar dapat dijadikan ' saham ' dan ' pelaburan' untuk kehidupan hakiki kelak. Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah itu dengan sebaiknya agar kalian lebih jelas dengan matlamat hidup dan dapat menyelusurinya tanpa ragu. Malah dapat mengatur langkah dengan yakin , wibawa , cergas dan tangkas dalam membina kecermelangan.
Untuk kesekian kali dan seterusnya mama sentiasa berdoa ..." Ya Tuhan ku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat . Ya Tuhanku perkenankan lah doa kami"..amin....jagalah budi pekerti kerana tiada gunanya kecemerlangan diri tanpa akhlak yang mulia. Hormatilah jua sesiapa sahaja yang berada di kelilingmu sama ada sahabat , guru, orang tua atau muda. Jadilah seperti resmi padi, iaitu semakin berisi , semakin menunduk agar dirimu jua akan dirahmati kelak...mudah mudahan anak anak mama akan menjadi insan yang soleh dan solehah dan bertakwa ..amin....salam kasih yang berpanjangan....
No comments:
Post a Comment