DOA BUAT KU..

“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”

Tuesday, 8 November 2011

HARGAI MEREKA DI SEKELILINGMU



         Setiap insan mempunyai kehebatan , mereka adalah khalifah Allah yang terpilih . Fahamilah bahawasanya yang ada di sisimu sudah termaktub dalam kitabNYA yang azali, telah disusun oleh Allah yang Maha Bijaksana. Mereka ditetapkan menjadi suami , isteri , anak anak , adik beradik , saudara dan sahabat kita di alam ini. Jangan memandang rendah akan kekurangan mereka . Mungkin kekurangan mereka itu yang menjadikan diri kita kuat. Mungkin disebabkan kekurangan  mereka itulah juga yang menolak kita ke syurga kerana keberkatan kesabaran kita keatasnya.

         Hargailah kekuatan mereka . Kekuatan itulah yang membantu kelemahan kita  dan membawa kita ke syurga . MEREKA ADALAH PASUKAN PILIHAN ALLAH PADA KITA . PILIHAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK . BERSAMALAH DENGAN MEREKA KETIKA SUSAH DAN SENANG.Setiap dari mereka ada hak atas diri kita di dunia dan akhirat . Mereka boleh membawa kita ke syurga dan mereka juga boleh mengheret kita ke neraka . Hargailah setiap insan yang ada disisi kita , sayangi mereka , hulurkan tangan   ketika mereka memerlukan bantuan dan berkorban lah demi kasih sayang.

Berhati hati lah dengan syaitan yang sentiasa cuba memecahkan pasukan pilihan ALLAH. Sesungguhnya kita memerlukan mereka dan mereka memerlukan kita dalam kehidupan yang penuh penderitaan dan cabaran.

" Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.." AL- ADIYAT - 6

No comments:

Post a Comment