DOA BUAT KU..

“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”

Thursday, 27 October 2011

SENYUMLAH....




Senyumlah...apa pun masalahmu ia pasti akan berlalu...hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dan kesusahan dapat dihadapi dengan cara yang betul..Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan bila ia datang bertandang dalam hidup kita???..sedangkan ia tidak dapat dipisahkan dari kehidupan kita di dunia. Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesulitan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluar amat banyak dan luas..Kita harus kurangkan keluh kesah kerana masalah yang datang pasti akan berlalu jua akhirnya.Ketahuilah bahawa masalah dan kesusahan dapat menjadikan manusia lebih kuat dan cekap, ia juga membantu kita belajar, menjadikan kita bersungguh sungguh...membuat fikiran kita lebih tajam kerana kita perlu berfikir mencari jalan penyelesaiannya dan yang penting sekali masalah dan kesusahan menjadikan kita lebih menghargai kesenangan hidup kerana manusia biasanya berasa betapa nikmat dan pentingnya kesihatan apabila dia jatuh sakit..betapa berharganya kekayaan ketika dia jatuh miskin, betapa mahalnya waktu lapang pada saat dia sibuk dan betapa berharganya aman ketika dia berasa terancam...jadi bila kita dilanda masalah , senyumlah, kerana kita adalah diantara orang orang yang terpilih....

No comments:

Post a Comment